Tuesday, December 13, 2011

Cara Pembayaran

 Sila sediakan bayaran deposit Pendaftaran sebanyak RM100.00.






Sistem Kutu

Sistem pembayaran akan di buat mulai buka semester 2 2011/2012 (26 Disember 2011) dan akan dibuat ala sistem KUTU.

Jadual pembayaran akan di buat mengikut Bulanan / Tunai sehingga seminggu sebelum tarikh program, semua hutang tunggakan pembayaran program perlu diselesaikan.




Sistem Tajaan.
Semua peserta di galakkan untuk mencari tajaan bagi pogram ini.
Urusan surat menyurat untuk memohon tajaan akan disediakan oleh AJK Tajaan program ini. Peserta hanya perlu memberitahu Nama/Alamat penaja untuk urusan berkenaan kepada pihak AJK & selepas siap surat, pihak AJK akan menyerahkan surat kepada peserta berkenaan untuk diserahkan kepada penaja.



Sekiranya tajaan yang dicari oleh peserta berkenaan melebihi RM1500.00 Peserta berkenaan dikecualikan daripada bayaran keseluruhan yuran program.

*Sekiranya peserta menarik diri , Bayaran yang telah di berikan TIDAK AKAN DIPULANGKAN kerana ia sudah digunakan untuk urusan penempahan.

No comments:

Post a Comment